Wajah Kasih Rasulullah oleh Misbah Em Majidy
Insan mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik baik kalian adalah yang paling baik terhadap pendamping hidupnya."
Penghulu nabi-Nya juga bertutur, "Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap keluarganya (isteri dan anak). Dan aku adalah orang yang paling baik di antara kalian terhadap keluarga (isteri dan anak)ku."
Rasulullah SAW adalah mahaguru kehidupan. Baginda adalah suami ideal bagi isterinya, dan bapa idaman bagi putera- puterinya. Penghulu nabi- Nya ini adalah suami dan ayah yang mempunyai kasih sayang yang sangat sempurna, serta paling utuh nan bijaksana dalam memainkan peranannya sebagai pemimpin keluarga. Rasulullah SAW mampu menghadirkan kehidupan suami isteri dalam suasana yang paling indah. Baginda juga mampu mewadahi perasaan seluruh buah hati (putera- puteri)nya dengan kasih sayang sepenuh hati dan jiwa.
Karya ini cuba membongkarkan rahsia kebahagiaan Rasulullah SAW di samping isteri, anak-anak dan cucunda- cucunda baginda. Penulis cuba mewajahkan ragam kasih sayang dan cinta baginda buat belahan jiwanya..Semoga kita turut dapat mengambil manfaat dan teladan daripadanya.
Terbitan: Jundi Resources
Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.
Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut.
Customer comments
| Author/Date | Rating | Comment |
|---|