Cart 0

Tafsir Surah Al-An'am Dan Juzuk 7 - Hamka

RM 25.00


Tafsir Al­-Azhar adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara, iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah, ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA. HAMKA telah menggunakanbeberapa metode dalam penyusunan tafsir ini, antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-­Quran, tafsir Al­-Quran dengan hadith, tafsir Al­-Quran dengan pendapat sahabat dan tabiin, dan tafsir Al­-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al­-Quran dengan menggunakan syair, dan menganalisis dengan kemampuan sendiri dengan pendekatan meraikan kepelbagaian mazhab.

Tafsir Al­-Azhar menitikberatkan penjelasan ayat-­ayat Al­-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna­makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik, dan menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera, dan psikologi.

Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.

Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut. 

Customer comments

Author/Date Rating Comment