Cart 0
surah hud

Tafsir Al-Quran Nik Abdul Aziz Nik Mat - Surah Hud

RM 60.00


Buku Tafsir Al-Quran Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi Surah Hud ini merupakan terbitan pertama koleksi buku-buku tafsir oleh al-Marhum Tuan Guru. la diterbitkan pada tahun 1996. Mengapa surah ini tertebih dahulu dipilih oleh jawatankuasa penerbitan?


Surah ini dipilih memandangkan al-Marhum Tuan Guru menghuraikannya dalam dua situasi. Pertama, situasi sebelum Tuan Guru memegang jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan. Kedua, selepas Tuan Guru memegang tampuk pemerintahan di negeri Kelantan. Justeru, berdasarkan kedua-dua huraiannya, kita boleh melihat perbezaan penerangan Tuan Guru.

Tema utama Surah Hud ini terkandung di dalam ayat kedua yang berbunyi; "(AL-Quran yang demikian sifatnya diturunkan oleh Allah) supaya janganlah kamu menyembah sesuatu pun melainkan Allah."
Mesej ini terkandung di dalam risalah semua para nabi sama ada Nabi Adam, Nabi Yunus, Nabi Hud, Nabi Musa, Nabi Isa, Nabi Muhammad dan semuanya; 'Alayhimussolatuwas Salam.

Mesej bersifat universal yang disampaikan oleh para Nabi kepada kaum mereka ini juga turut disampaikan oleh Nabi Muhammad Solallahu 'Alayhi wa Sallam kepada seluruh manusia hingga akhir zaman. Kisah-kisah yang dipaparkan di dalam surah ini menceritakan pergelutan manusia dalam menerima kebenaran dan menolak kebatilanserta menerangkan pergelutan mereka untuk menerima keimanan dan menolak
kekufuran.

Pembukaan surah ini menjelaskan jaminan kemenangan bagi orang yang mantap iman manakala penutupnya berkenaan jaminan kekalahan bagi orang yang tetap memilih kubur berbanding iman.

Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.

Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut. 

Customer comments

Author/Date Rating Comment