Cart 0

Tadzkirah - Siri ilmu Tasawwuf

RM 9.90


TADZKIRAH - SYEIKH ABD AL-QADIR HJ WANGAH (AYAH DIR SEKAM) Terjemahan dari jawi ke Bahasa Malaysia di sempurnakan oleh Syeikh Amdan Hamid Tazkirah Lizawi al-afkar Fima Yamur al-insan Min al-A`mar. Telah selesai dikarang pada 14 rabi`ul akhir 1389 hijrah bersamaan 28 jun 1969 masihi. 

Kitab setebal 33 halaman ini membincangkan berkaitan turutan proses yang akan dilalui oleh setiap insan bermula dari alam arwah, dihantar ke dunia sehinggalah sampai ke akhirat samada kekal di syurga atau kekal di neraka. Pada bahagian akhir kitab ini beliau meletakkan nasihat kepada anak-anak muda supaya berbekal untuk akhirat serta menjauhkan diri daripada hanya menjadi orang yang hanya berbekal untuk dunia sahaja. 

Perhatian juga terhadap yang gemar berbekal ke akhirat. Hendaklah kita yang duduk di negeri orang bagi tujuan mencari bekalan itu menjauhkan diri daripada meniru-niru (terpengaruh) dengan perangai dan perlakuan anak-anak tempatan di situ seperti berpelakuan samseng, penyangak, sombong dan sebagainya. Ini kerana tidak munasabah (sesuai) duduk di tempat orang untuk mencari bekalan tersebut. Demikian juga orang-orang Islam kita yang tinggal di dunia ini yang mencari bekalan untuk negeri akhirat tidak wajar sama sekali meniru perangai dan perlakuan anak-anak dunia sejati, iaitu orang-orang yang dunianya sahaja menjadi tempat kesukaannya, iaitulah segala seteru Allah. Oleh itu, sesiapa dari kalangan orang Islam kita meniru orang-orang sedemikian, maka dia akan menemui penyesalan yang amat sangat. Janganlah...Janganlah..Janganlah

Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.

Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut. 

Customer comments

Author/Date Rating Comment