We are operating as usual during the CMCO. Please expect some delays in deliveries during this period.
Cart 0

Sirajul Huda (Pelita Petunjuk) - Siri Ilmu Usuluddin - H/C

RM 35.00


 Kitab Sirajul Huda (سراج الهدى) Pada Menyatakan `Aqidah Ahl al-Taqwa merupakan sebuah kitab Melayu (Jawi) dalam bidang akidah (tauhid) yang masih lagi berlegar di pasaran kitab dan menjadi teks pengajian akidah di masjid atau surau. Kitab ini telah dikarang oleh seorang ulama asal dari Sumbawa yang bernama Syaikh Muhammad Zainuddin bin Muhammad Badawi al-Sumbawi. Judul asal kitab ini sebagaimana yang disebutkan sendiri oleh Syaikh Mummmad Zainuddin al-Sumbawi di akhir kitab adalah Sirajul Huda ila Bayan ‘Aqa-idi al-Taqwa (سراج الهدى إلى بيان عقائد التقوى), yang diterjemahkan oleh beliau sebagai “ Pelita Petunjuk Kepada Menyatakan Segala Simpulan Segala Ahli Takwa ”. Kitab ini ditulis di kota Makkah, namun  tidak dinyatakan tarikh bila ia diselesaikan. 

Kitab ini adalah huraian (syarah) bagi kitab Umm al-Barahin, karya Imam Muhammad bin Yusuf bin `Umar bin Syu’aib al-Sanusi al-Maliki al-Hasani al-Tilimsani (832-895H) dalam bahasa Melayu. Kata al-Syaikh Muhammad al-Sumbawi dalam muqaddimah kitab ini: “ Dan kemudian daripada itu maka sungguhnya telah meminta akan hamba oleh setengah daripada orang yang tiada meluaskan akan hamba oleh menyalahi akan dia bahawa hamba surat akan risalah yang yang indah dengan bahasa Jawi hal keadaannya menjadi Syarah atas matan Umm al-Barahin ”.

Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.

Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut. 

Customer comments

Author/Date Rating Comment