We are operating as usual during the CMCO. Please expect some delays in deliveries during this period.
Cart 0

Sirah Nabawiyyah- Yayasan Dakwah Islamiyah

RM 65.00


Al Rahiq Al Makhtum : Sirah Nabawiyyah ini diibaratkan sebagai sebuah biografi Nabi Muhammad SAW yang komperehensif. Naskah ini memaparkan kisah perjalanan idup Rasul terakhir utusan Allah SWT serta tanggunjawab Baginda menyampaikan dakwah islamiah di mua bumi ini. Perjuangan Baginda penuh berliku, perjalanan hidup Baginda penuh dengan suka duka, kepayahan serta keperitan yang mungkin tidak tertanggung oleh manusia lain. Namun ajaran tauhid dan akida yang baginda sampaikan telah mencapai kejayaan yang gemilang seperti mana kehendak Allah SWT. 

Buku ini turut menjelaskan beberapa faktor yang mendorong kepada kesabaran dan kecekalan tinggi Baginda menghadapi ujian dan cabaran. Keimanan yang tinggi, kesediaan menerima tanggunjawab kepimpinan yang diamanahkan kepada Baginda dengan sepenuh jiwa dan raga dan rasa tanggungjawab yang tebal, dengan alquran sebagai panduan, yakin pada janji bantuan Allah SWT . Allah telah memberi kemenangan kepada Baginda dalam menyebarkan syiar Islam.

 Selain mengisahkan liku – liku perjuangan dakwah Rasulullah SAW, buku ini turut mengetengahkan strategi uslub dakwah yang digunakan oleh Baginda bermula dari peringkat permulaan, tribulasi dan akhirnya, peringkat kejayaan yang membawa kepada kegemilangan Islam. Karya Saffiyyu al-Rahman al-mubarakfur ini merupakan karya yang unik dari segi bahasa dan susunan jalan ceritanya. Setiap peristiwa berkaitan dengan Rasulullah SAW diceritakan secara kronologi, diperincikan sehingga mampu digambarkan oelh pembaca. Pandangan dan pendapat mengenai sifat dan peribadi Rasulullah SAW daripada para sahabat, isteri Baginda dan masyarakat setempat dimuatkan dalam bab akhir dalam buku ini. 

Jelas, buku ini bukan sahaja sesuai dijadikan rujukan untuk pelajar, pendidik dan pendakwah sebagai panduan dalam usaha menyebarkan dakwah. Malah masyarakat umum juga akan mendapati buku ini amat bermanfaat dalam mendidik diri untuk lebih mengenali serta memperhalusi kisah kehidupan Rasulullah SAW serta keperibadian Baginda. . (Hard cover)

Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.

Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut. 

Customer comments

Author/Date Rating Comment