Cart 0

Shahih Sunan Abu Daud, BUKU 2 - Selesksi Hadits Shahih dari Kitab Sunan Abu Daud

RM 83.00


Kitab hadis Sunan Abi Dawud adalah salah satu kitab hadis yang paling utama dalam jajaran Kutub As-Sittah (6 kitab hadis paling utama). Kitab ini adalah susunan Al-Imam Abu Dawud Sulaiman bin Al-Asy’ats Al-Azdi As-Sijistani rahimahullah (202H-275H). Beliau termasuk ulama hadis terkemuka pada zamannya, dan merupakan murid kepada Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah (Wafat: 241H), penyusun Musnad Ahmad.

Sunan Abi Dawud memiliki keutamaannya yang tersendiri dan kedudukan istimewa setelah dua kitab Shahih (Shahih Al-Bukhari dan Muslim). Ia termasuk salah satu rujukan penting dan utama dalam dunia periwayatan hadis dan sebagai sumber utama rujukan dalil-dalil dalam Islam.

Dan termasuk rangka memahami As-Sunnah adalah dengan mempelajari dan menekuni hadis-hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sebagaimana yang telah direkodkan oleh para ulama hadis ke dalam kitab-kitab mereka. Dan termasuk kitab yang paling utama yang mengambil bahagian dalam perkara ini adalah dua kitab Shahih (Shahih Al-Bukhari dan Shahih Muslim), Sunan Abi Dawud, Sunan atau Jaami’ At-Tirmidzi, Sunan An-Nasaa’i, dan Sunan Ibnu Majah. Inilah barisan enam kitab antara yang paling utama dalam bidang rujukan had.

Kata Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H), “Seharusnya bagi sesiapa yang terlibat dengan ilmu fiqh dan bidang ilmu yang lainnya agar memberi perhatian kepada Sunan Abi Dawud dan menelitinya dengan sebaik-baiknya, kerana kebanyakan hadis-hadis hukum yang diperlukan terdapat di dalamnya dan akan dapat dicapai dengan mudah.”

Sunan Abi Dawud disusun berdasarkan tema atau bab-bab fiqh yang merangkum dalil-dalil paling asas dan penting bagi setiap tema perbahasan fiqhiyyah bagi setiap mazhab.

Dalam kitab Sunan Abi Dawud ini, adakalanya Al-Imam Abu Dawud turut menyebutkan status sesebuah hadis yang beliau riwayatkan, dan tidak sedikit pula yang beliau diamkan. Di sebahagian hadis, beliau juga turut menyebutkan status kedudukan sanad, status perawi, dan penjelasan tertentu terhadap riwayat, lafaz, dan hadis yang dibawa. Terkadang juga beliau turut menjelaskan faedah-faedah yang terkandung pada hadis tersebut.


Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.

Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut. 

Customer comments

Author/Date Rating Comment