Ringkasan Ihya' Ulumuddin Edisi Kemas Kini
Buku Ringkasan Ihya' Ulumuddin Panduan Sepanjang Masa Tentang Cara Hidup Berlandaskan Nilai-Nilai Islam Ulumuddin ini merupakan ringkasan dari kitab Ihya' Ulumuddin yang berjilid-jilid tersebut. Walaupun sudah banyak ringkasan yang telah dibuat, Ringkasan Ihya' Ulumuddin memiliki keistimewaan kerana prosesnya dilakukan sendiri oleh Imam Al-Ghazali, dengan menjaga intisari dan tujuan buku tersebut. Sebagaimana disebutkan Imam Al-Ghazali dalam kata pengantarnya,
"Saya telah meringkaskan buku ini disebabkan susahnya membawa buku Ihya' dalam perjalanan." Akhirnya, dengan membaca Ringkasan Ihya' Ulumuddin ini, diharapkan pembaca dapat memahami dan memeras intisari dan hikmah kitab Ihya' Ulumuddin yang monumental. Imam An-Nawawi berkata: "Jika semua kitab Islam hilang, naudzubillah, dan yang tersisa hanya kitab Ihya' maka ia mencukupi semua kitab yang hilang itu. Semoga penerbitan kitab ringkasan Ihya' Ulumuddin ini mendapat sambutan hangat di kalangan umat Islam, dan semoga kita termasuk dalam golongan yang mendapat rahmat Allah dan mendapat syafaat Rasulullah SAW kelak. Amin.
Terbitan: Pustaka Al-Ehsan
Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.
Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut.
Customer comments
| Author/Date | Rating | Comment |
|---|