We are operating as usual during the CMCO. Please expect some delays in deliveries during this period.
Cart 0

Petujuk Mudah Memahami Ilmu Nahu

RM 20.00


Ilmu Nahu ialah ilmu tatabahasa Arab untuk mengetahui keadaan perkataan bahsa Arab dalam struktur ayat dari segi hukum i'rab dan bina perkataan tersebut.

Ilmu Nahu telah diperkenalkan dan disusun oleh Abu al- Aswad al-Dually Dengan arahan Saidatina Ali bin Abi Thalib R.A pertengahan kurun ke 2 Hijrah. Kemunculan ilmu nahu adalah kesan daripada pembukaan wilayah Islam dengan meluas, maka orang-orang Arab telah mula bercampur gaul dengan masyarakat luar yang bukan Arab. Hasil daripada percampuran tersebut terjadilah kesalahan tatabahasa dalam pertuturan bahasa Arab. Penguasaan perubahan baris akhir perkataan yang merupakan keistimewaan bahasa Arab semakin lemah. Para ulama merasa bimbang melihat pencemaran bahasa yabg ketara di kalangan masyarakat, lebih membimbangkan lagi jila pencemaran ini menyerap sehingga ke dalam al-Quran dan Hadith Rasulullah S.A.W.

Faedah mempelajari ilmu nahu dapat memperbetulkan pertuturan atau ucapan dalam bahasa Arab daripada berlaku kesilapan.Ilmu nahu sangat besar peranannya dalam memahami al-Quran dan Hadith yang merupakan sumber rujukan hukum perundangan Islam dengan makna kefahaman yang tepat.

Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.

Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut. 

Customer comments

Author/Date Rating Comment