Our online store will be operating as usual during this lockdown. Please expect some delays in deliveries during this period.
Cart 0

Perbandingan Agama Islam & Kristian

RM 59.00


Buku Perbandingan Agama Islam & Kristian telah merungkai pelbagai persoalan yang menonjolkan persamaan dan perbezaan yang jelas lagi nyata menerusi al-Quran dan Bible. Selain itu, ia bersifat evergreen yang bersesuaian dengan arus perdana 2020 sebagai polemik sepanjang masa mengikut rangka atau kandungan yang benar daripada al-Quran dan Bible. Al-Quran merupakan kalamullah yang mengandungi mukjizat yang kekal hingga hari kiamat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw. Manakala Bible pula terdiri daripada Old Testament (Perjanjian Lama) dan New Testament (Perjanjian Baru). Buku ini telah membuktikan kebenaran persamaan ajaran agama Islam dalam kitab al-Quran dan Bible. Namun, kerakusan individu tertentu telah mengubah kebenaran ini bermula dengan konspirasi Paul hingga wujudnya agama Kristian dan ajaran gereja. Tangan-tangan kotor ini telah melakukan penyelewengan daripada kitab asalnya hingga kebenaran ajaran yang dibawa oleh Jesus ditenggelami kenyataan-kenyataan palsu sehingga menjadi amalan dan kepercayaan penganut agama Kristian pada hari ini. Hal ini dapat dilihat menerusi kenyataan mengenai pengharaman memakan babi, arak, amalan berkhatan dan pelbagai aspek dan isu lain yang berbeza daripada kandungan Bible dan ajaran Jesus yang sebenar.

Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.

Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut. 

Customer comments

Author/Date Rating Comment