Cart 0

Panduan Lengkap Ibadah Solat- Hj Johari Hj Alias

RM 12.00


Solat merupakan hubungan yang unik antara seorang hamba dengan Penciptanya. Solat juga tidak dapat difahami dan dihayati kecuali bagi insan yang mengetahui bahawa solat merupakan hubungan yang ajaib antara hamba dengan Khaliq yang tidak dapat dikiaskan dengan hubungan antara dua makhluk di atas bumi ini. Hubungan yang terjalin dalam solat ini lebih kukuh dan sempurna, kerana ia merupakan jalinan rindu antara hamba dengan Rabbi.

Solat yang penuh makna adalah solat yang sempurna dan sesuai dengan panduan yang ditentukan oleh Islam. Solat yang didirikan tanpa dengan berilmu samalah seperti bahtera tanpa nakhoda yang berlayar tanpa arah serta tujuan dan akhirnya sampai dihujung kesesatan. Maka rugilah bagi insan yang tidak prihatin dalam membetulkan ibadah solatnya. Solat merupakan rahmat Allah SWT dan dengan solat sahaja manusia dapat berhubung langsung dengan Allah SWT.

Semoga buku ini dapat dijadikan panduan dalam mendirikan ibadah solat dengan sempurna dan mendapat keredhaan Allah SWT, insya Allah

Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.

Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut. 

Customer comments

Author/Date Rating Comment