Cart 0

Munyatul Musolli (Jawi)

RM 16.00


Kitab Munyatul Musolli begitu popular di kalangan penuntut pusat-pusat pengajian pondok, madrasah dan surau di utara Semenanjung Malaysia dan juga di selatan Thailand sejak kira-kira hampir dua ratus tahun yang lalu. Kini, nama kitab ini masih segar dalam ingatan masyarakat dan ia masih amat baik untuk dipelajari dan ditatapi oleh pelajar dan orang awam terutama mereka yang baru hendak mengenali hal-hal berkaitan sembahyang. Ia mengandungi perkara-perkara yang berkaitan dengan kelebihan sembahyang, rupa bentuk sembahyang, persediaan sebelum sembahyang, syarat sah sembahyang, rukun sembahyang, perkara sunat dalam sembahyang, amalan sunat sesudah sembahyang, makruh dalam sembahyang, sembahyang sunat, doa mujarab, wirid, kelebihan semayang berjemaah, sembahyang jumaat, hukum meninggalkan sembahyang, kewajipan raja atau pihak berkuasa terhadap orang di bawah tanggungannya dan bahagian terakhir kitab ini dihidangakan hal-hal yang berkaitan dengan masalah muafiq dan masbuk. Versi ini diharap dapat memudahkan para pelajar dan orang awam memahami kandungannya dengan baik, cepat dan berkesan serta mudah menatapinya ketika bersendirian.

Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.

Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut. 

Customer comments

Author/Date Rating Comment