Keagungan Al-Fatihah Menyelami Surah Terunggul dal Al-Quran
Kita membacanya pada setiap hari. Dalam solat, dalam doa, dalam hidup. Namun, sejauh mana kita benar-benar memahami Surah al-Fatihah?
Keagungan al-Fatihah mengajak pembaca menyelami surah terunggul dalam al-Quran, iaitu surah yang menjadi pembuka kitab suci umat Islam, juga sebagai doa dan nadi setiap solat. Buku ini membuka ruang untuk melihat Surah al-Fatihah bukan sekadar bacaan yang diulang-ulang, tetapi mesej agung yang membentuk hubungan antara seorang hamba dengan Tuhannya.
Melalui buku ini, pembaca dibimbing untuk mentadabbur setiap ayat Surah al-Fatihah, melakukan muhasabah diri serta menghidupkan maknanya dalam kehidupan seharian.
Sebuah naskhah untuk mereka yang mahu membaca al-Fatihah dengan hati, bukan sekadar dengan lidah.
Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.
Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut.
Customer comments
| Author/Date | Rating | Comment |
|---|