Cart 0

Fiqh Al-Hijrah - Edisi Kemas Kini

RM 13.00


Dugaan yang dihadapi oleh kaum Muslimin iaitu para sahabat Rasulullah SAW di Mekah ialah penyeksaan, maki hamun, celaan yang dilemparkan oleh kaum Musyrikin. apabila mereka diberi keizinan berhijrah, maka satu dugaan yang lain pula yang melanda mereka iaitu dugaan meninggalkan tanah air, harta benda, rumah tangga dan alat-alat kelengkapan masing-masing. Buku Fiqh al-Hijrah dikemukakan kepada khalayak dan umat Islam bersempena dengan sambutan Maal Hijrah bagi memahami dan mengambil pengajaran serta iktibar daripada peristiwa Hijrah Baginda. Sekalipun ia bersifat kecil tetapi dirasakan telah memadai berdasarkan pengajaran dan iktibar yang dikemukakan. Ia bermula dengan mukaddimah hijrah Rasul hingga sampainya Baginda ke kota suci Madinah al-Munawwarah.

Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.

Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut. 

Customer comments

Author/Date Rating Comment