Cara Mudah Memahami Ilmu-Ilmu Hadith
Cara Mudah Memahami Ilmu-Ilmu Hadith
(Mengandungi kaedah-kaedah asas untuk memahami hadith-hadith nabi s.a.w sepanjang masa)
Hadith atau Sunnah Rasulullah ialah pedoman hidup kedua setelah Al-Qur’an bagi kaum muslimim khususnya dan manusia secara umum iaitu orang-orang yang menghendaki kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Fungsi Utamanya daripada hadith Nabi s.a.w. iaitu menjelaskan secara praktikal apa-apa yang dikandung oleh wahyu Allah (Al-Qur’an)
Tidak ramai orang mengetahui mengenai apa sebenar yang dimaksud dengan hadith Rasulullah, bagaima sejarah kemunculan dan penulisannya, bagaimana ianya diriwayatkan sehingga ada sampai sekarang, siapa sahaja periwayatnya dan apa syarat-syarat, apa hubungkaitnya dengan Al-Qur’an dan mengapa ianya begitu penting dalam kehidupan kaum muslimin dan lain-lain?
Untuk menjawab soalan-soalan di-atas Manna’ Khalil al-Qaththan, seorang pakar ilmu-ilmu Islam antarabangsa melahirkan karyanya yang sangat berharga dan patut dibaca: Mahahith fi Ulum Al-Hadith (Cara Mudah Memahami Hadith Sepanjang Masa) yang sekarang ada di hadapan pembaca.
Buku ini senang dibaca oleh para pemuda Islam dan peminat masalah hadith yang sangat tidak memiliki latarbelakang pengetahuan keislaman dan Hadith Khususnya, sama ada dari kalangan pelajar mahupun awam. Ini disebabbkankerana penulis mendedahkan perbahsannya dengan sangat ringkas, padat mudah difahami dan mengandungi kaedah-kaedah asas dalam memahami Hadith-hadith Rasulullah dan fungsinya. Keistimewaan lain daripada buku ini ialah pemaparannya yang lemgkap dan sistematik. Selamat Membaca!
Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.
Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut.
Customer comments
| Author/Date | Rating | Comment |
|---|