Cart 0

50 Tip Motivasi Haji & Umrah Edisi Terkini

RM 20.00
Add to wishlist


“Kreativiti sambil melihat sesuatu isu dalam keadaan sedikit berbeza memberi kesan yang luar biasa kepada khalayak pembaca.”

Jika sebaris ayat yang diperlukan, itulah yang ingin saya simpulkan setelah membaca manuskrip 50 Tip Motivasi Haji & Umrah. Begitulah ilmu Allah, sesuatu yang tidak difikirkan oleh orang lain,boleh menjadi sumber panduan kepada yang lain.Petua-petua yang dikemukakan kelihatan biasa tetapi dijadikanluar biasa oleh kedua-dua penulis dengan mengekalkan nilai-nilaisantai dan bersahaja. Bagi saya, ia anugerah Allah kepada penulisbuku ini, Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim dan Puan Raudzah Roslan.

Isu-isu yang ditonjolkan disampaikan dengan cara yang sangat mudah sehingga khalayak pembaca tidak menyedari yangia merupakan satu isu besar. Isu menduakan Allah, berpuasa tahaptinggi dan konsep mengingati Allah secara istiqamah dihujahkan dengan penuh kasih sayang.Ia sebuah buku yang mahu dan boleh dihabiskan secepat mungkin tanpa berlalu begitu sahaja. Ia akan diulang baca terutamanya bagi bakal jemaah haji dan umrah yang inginkan sesuatu yang terbaik. Ia menyentuh hati dan saya berasa damai apabila selesai membaca manuskrip ini.

Kamaruddin Majid,
Penasihat Agama UiTM

Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.

Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut. 

Customer comments

Author/Date Rating Comment