{Telaga Biru} Yas'alunaka 400 Soal Jawab Agama Bersama Mufti
Yas’alunaka menghimpunkan 400 persoalan agama yang sering menjadi tanda tanya dalam kehidupan seharian umat Islam. Disusun dalam bentuk soal jawab bersama Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan, Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil, buku ini memberi pencerahan berasaskan fiqh dan syariah, dengan gaya penjelasan yang mudah difahami serta dekat dengan realiti masyarakat. Sebuah panduan praktikal yang membantu para pembaca memahami hukum-hakam Islam dengan lebih jelas, seterusnya mengamalkan ajaran Islam dengan yakin.
Lebih daripada sekadar menghuraikan hukum, karya ini membimbing para pembaca untuk melihat hikmah di sebalik syariat, seterusnya menghayati ajaran Islam dengan penuh keyakinan dan keseimbangan. Sebuah rujukan bermanfaat untuk semua lapisan masyarakat dalam mencari jawapan yang tepat, tuntas dan berpandukan autoriti.
Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.
Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut.
Customer comments
| Author/Date | Rating | Comment |
|---|