Cart 0
1

Riyadhush Shalihin: Imam An-Nawawi

RM 95.00


Kitab Riyadhus Shalihin karya Imam an-Nawawi rahimahullah merupakan salah satu karya agung beliau yang diiktiraf seluruh kaum muslimin sejak zaman-berzaman, menghimpunkan hampir 2000 hadis yang menggambarkan tasawwur Islam dengan begitu lengkap yang selayaknya dihayati setiap muslim. Kitab ini tersebar luas di seluruh pelosok dunia Islam, berkat keikhlasan pengarangnya yang meninggalkan bimbingan yang bermanfaat buat umat yang ingin mengabdikan diri kepada Allah Subhanahu wata'ala.

Di antara naskah kitab Riyadhus Shalihin yang mendapat perhatian dan ulasan pada abad ini adalah edisi tahqiq yang diusahakan di antara Ustaz Zuhair asy-Syawisy dan Sheikh al-Albani rahimahullah, dan diteruskan dengan semakan lanjut oleh beberapa orang ulama dalam memperkemaskan lagi penilaian yang dibuat sebelumnya. Edisi ini menyertakan mukadimah terperinci al-Albani berkenaan kaedah penilaian yang beliau lakukan dan sejumlah faedah yang diperolehi dari karya pengarang asal kitab. Manfaatkanlah kitab ini, tanpa diabaikan sejumlah kebaikan yang sangat besar pada 'taman orang-orang soleh' ini.

Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.

Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut. 

Customer comments

Author/Date Rating Comment