Cart 0

Tabaqat Al-Khawwas - Biografi Ulama-Ulama Yaman oleh Syaikh Ahmad Bin Ahmad Bin salim (FREE SHIPPING)

RM 61.00


Biografi Ulama-ulama Yaman ; Golongan Benar & Ikhlas merupakan sebuah penulisan yang menghimpunkan koleksi tokoh ulama Yaman yang tersohor dengan pelbagai karamah sehingga dikenali sebagai sebahagian daripada wali-wali Allah.Buku ini merupakan karya terjemahan dari sebuah kitab yang bertajuk Tabaqat al-Khawwas Ahl al-Sidq wa al-Ikhlas yang dikarang oleh Syaikh ahamd bin Ahmad bin Salim al-Zabidi al-Yamani (893H) seorang ulama Yaman yang terkenal. Buku ini memuatkan sejarah hidup dan biografi ulama-ulama Yaman yang merangkumi kisah kehidupan, ibadah, pegangan, prinsip and kezuhudan mereka. Di kalangan ulama-ulama tersebut juga terdapat hubungan kekeluargaan antara satu sama lain di mana datuk, bapa dan anak mereka juga merupakan ulama-ulama yang masyhur dengan pelbagai karamah. Di samping itu, intipati yang penting dalam buku ini adalah perjalanan kehidupan ulama-ulama tersebut yang penuh dengan kesederhanaan, amanah, wara', tekun dalam beribadah dan menjadi contoh sebagai pemimpin yang berkaliber dalam masyarakatnya. Antara ulama-ulama Yaman yang dimuatkan dalam koleksi ini ialah Uwais al-Qarni, Syaikh Ibn al-Tusi, Syaikh Ibn al-Jabaruti, Syaikh Ibn al-Baghdadi dan Syaikh Ibn al-Yafa'i serta ramai ulama-ulama yang tersohor. Apa yang menjadikan buku ini lebih menarik ialah penyusunan setiap biografi mengikut abjad Hija'iyah yang memudahkan pencarian nama ulama-ulama tersebut.

Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.

Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut. 

Customer comments

Author/Date Rating Comment