Cart 0
pesan

Pesan Maha Kasih dalam Kisah oleh H. Zainal Arifin (FREE SHIPPING)

RM 38.00


Buku Pesan Maha Kasih Dalam Kisah merupakan sebuah karya yang diterjemah dan disadur dari sebuah kitab tafsir terkenal masa kini, iaitu Tafsir al-Sya’rawi. Dalam buku ini, mengandungi himpunan tafsir atau huraian yang disampaikan oleh Syeikh Muhammad Mutawalli al-Sya’rawi (1911-) terhadap beberapa ayat al-Quran yang mengandungi kisah-kisah sebagai pengajaran bagi manusia. Buku ini disusun dan diolah kembali dari kitab tafsir induknya oleh H. Zainal Ariffin MA dan H. Abu Ezzat Al-Mubarak MA. Buku ini diterbitkan oleh Pustaka Jiwa Sdn. Bhd, Kuala Lumpur dengan cetakan pertamanya pada tahun 2008. Ketebalan buku ini merangkumi 693 halaman.

Buku Pesan Maha Kasih Dalam Kisah ini sangat menarik untuk dibaca, kerana ia mengandungi kisah-kisah yang bermanfaat sebagai pengajaran dan teladan bagi manusia yang disampai secara langsung oleh Allah dalam al-Quran. Dalam kisah-kisah ini tercermin kasih sayang Allah SWT yang tiada tara terhadap para hamba-Nya.

Kandungan buku ini dibahagikan kepada 4 bahagian;

1)      Pesan Maha Kasih Dalam Surah al-Baqarah (9 Kisah)
2)     Pesan Maha Kasih Dalam Surah Ali ‘Imran (7 Kisah)
3)     Pesan Maha Kasih Dalam Surah al-Nisa’ al-Maidah dan al-An’am (6 kisah)
4)     Pesan Maha Kasih Dalam Surah al-A’raf (15 ksah).

Semoga bermanfaat.

Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.

Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut. 

Customer comments

Author/Date Rating Comment