Cart 0
NIHAYA

Nihayah Al-Zain Fi Irshad Al-Mubtadi'in (FREE SHIPPING)

RM 106.00


Nihayah al-Zain fi Irshad al-Mubtadi'in merupakan sebuah karya fiqh mazhab al-Shafi'i yang dikarang oleh abi al-Mu'ti Muhammad bin Umar Nawawi al-Jawi al-Tannari al-Bantani (wafat 1316H) seorang ulama yang berasal dari kepulauan melayu nusantara. Kitab ini merupakan kitab syarah yang menghuraikan kitab Qurrah al-'Ain bi Muhimmat al-Din karangan al-Din karangan al--Allamah Zaynuddin bin Abdul 'Aziz bin Ali al-Malibari al-Fanani. Kitab ini membincangkan pelbagai hukum fiqh bermula daripada persoalan taharah sehingga kehakiman mengikut manhaj al-Shafi'iyah. Setiap hukum-hukum fiqh disandarkan hukumnya adalah berdasarkan kepada kaedah al-Shafi'iyah. Kandungan perbincangannya diambil dari kitab Nihayah al-Amal karya Syaikh Muhammad bin Ibrahim Abi Khudhair al-Dimyati, kitab Nihayah al-Muhtaj dan Tuhfah al-Muntaj karya Syaikh Muhammad al-Ramli dan Ahmad bin Hajar kerana ia merupakan karya utama ulama muta'akhir dari mazhab al-Shafi'i, kitab Fath al-Jawwad dan al-Nihayad Syarh Abi Syuja' serta beberapa kitab Hasyiyah yang lain. Kitab ini diberi nama Nihayah al-Zain fi Irshad al-Mubtadi'in yang bermaksud " Hiasan paling indah dalam membimbing para pemula".

Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.

Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut. 

Customer comments

Author/Date Rating Comment