Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Edisi Baru 2022 (Tafsir Kebangsaan)
Di Malaysia, idea menterjemahkan al-Quran ke dalam bahasa Melayu telah dicetuskan oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj. kerja terjemahan al-Quran diserahkan pula kepada Sheikh Abdullah Basmeih pada pertengahan tahun 1960-an. Bahan terjemahan berkenaan diberi judul Tafsir Pimpinan ar-Rahman kepada Pengertian al-Quran (TPR) yang diambil sempena gabungan nama Allah SWT iaitu ar-Rahman dan nama mantan Perdana Menteri Pertama Malaysia.
Tafsir Pimpinan ar-Rahman (TPR) edisi terbaharu 2022 ini merupakan terbitan bersama JAKIM-Rimbunan Islamik Media Sdn. Bhd. Dengan penerbitan edisi kemas kini ini, diharapkan ia menjadi rujukan kebangsaan sebagai terjemahan rasmi tunggal kepada masyarakat.
TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN KEPADA PENGERTIAN AL-QURAN
(EDISI RUMI BAHARU)
- Kitab tafsir karya Syeikh Abdullah Basmeih yang diberi nafas baharu
 - Satu-satunya kitab tafsir yang diangkat sebagai Tafsir Kebangsaan
 - Teks al-Quran berdasarkan Mushaf Madinah
 - Diperakui Ahli Lajnah Tashih bertauliah
 - Menggunakan bahasa Melayu standard
 - Struktur bahasa disemak oleh Munsyi DBP
 - Gaya bahasa mudah difahami
 - Untuk rujukan utama pelbagai lapisan masyarakat
 - Saiz kitab lebih besar dan menarik
 - tulisan senang dibaca dan mesra pengguna
 
Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.
Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut.
Customer comments
| Author/Date | Rating | Comment | 
|---|