Cart 0

Solat Jamaah: Satu Huraian Menurut Mazhab Syafi'i- Dato Hj Mohd Saleh Hj Ahmad

RM 10.00


DATO ' HAJI MOHD .  SALEH HAJI AHMAD , dilahirkan pada Shb Julai 1947 di Permatang Sungai Dua , Kepala Batas , Pulau Pinang Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Jelutong , Taiping , Perak .  Kemudian meneruskan pengajian menengah di Pondok Gajah Mati , Pendang , Kedah ( 1959-1966 ) .  Selepas itu bertukar ke Madrasah Irsyadiah Batu 26 , Bagan Datuk , Perak ( 1967-1968 ) .  Seterusnya beliau ke Maktab Pengajian Islam , Kota Bharu , Kelantan ( 1969 ) .  Beliau menyambung pengajian ke Fakulti Syariah dan Undang - undang , Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan ( YPTIK ) , Nilam Puri , Kelantan ( 1970-1974 ) serta mendapat Sarjana Muda Syariah dan Undang - undang daripada YPTIK .  Beliau dihadiahkan biasiswa oleh Kerajaan Kelantan untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Al - Azhar .  Sekali lagi beliau mendapat Ijazah Sarjana Syariah dalam bidang al - Fiqh al - Muqarin pada tahun 1978 .  

Sekembalinya ke tanahair , beliau memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Fakulti Syariah dan Undang - undang ( YPTIK ) ( 1979-1981 ) .  Kemudian apabila Universiti Malaya mengambil alih YPTIK pada tahun 1981 , beliau meneruskan tugas sebagai pensyarah di Fakulti Syariah , Akademi Islam , UM .  Beliau menjawat jawatan Prof. Madya pada 29hb Jun1996 .  Semasa berkhidmat di UM , beliau pernah memegang jawatan Penyelaras Program Pendidikan Islam , Timbalan Dekan Fakulti Syariah , Dekan Fakulti Syariah dan kemudiannya Ketua Jabatan Fiqh dan Usul , Akademi Pengajian Islam ( APIUM ) .  

Beliau aktif dengan aktiviti kemasyarakatan .  Sebagai pengikrafan di atas keilmuannya , beliau telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Syariyyah ( Fatwa ) Negeri Perak Darul Ridzuan , AJK Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan , Ahli Lajnah Syariah Koperasi Muslimin Malaysia Berhad , Koperasi Al - Hilal Malaysia Berhad , AJK Majlis Kebangsaan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia  ( PERKIM ) mulai 1999 , Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak Darul Ridzuan ( mulai 2000 ) , AJK Akademik Kolej Islam Darul Ridzuan , Perak ( KISDA ) ( 2001-2003 ) , Anggota Panel Hakim Mahkamah Syariyyah Negeri Selangor Darul Ehsan ( 2001  -2004), Ahli Majlis Pengawasan Syariah Bank Rakyat (mula 2000), AJK Kajian Undang-undang Keterangan, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) (2002-2005) dan Ahli Majlis Pengawasan Syariah Bank Muamalat (2002-2005), Anggota Panel Hakim  Mahkamah Syariyyah Negeri Perak ( 2007-2009 ).

Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.

Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut. 

Customer comments

Author/Date Rating Comment