Cart 0

99 Great Ways To Be Wonderful Muslimah

RM 45.00


Islam sangat mencintai kaum wanita. Wanita digelar sebagai Muslimah dalam Islam. Muslimah dihormati dan dihargai dengan cara yang mulia. Muslimah perlu mendekatkan diri dengan Allah s.w.t. supaya hidup sentiasa diberkati. Muslimah juga berhak memiliki impian. Bahkan mereka dapat menggapai impian yang dicita-citakan tanpa perlu meninggalkan sifat-sifat semula jadi seorang wanita.

Muslimah hebat bukan diukur pada tinggi tahap pendidikannya, bukan juga diukur pada gaya pemakaiannya, tetapi cara berfikir yang positif dan istiqamah menuju ke jalan yang diredhai Allah s.w.t. Buku 99 Great Ways to be Wonderful Muslimah mempunyai 99 cara dan tip bagi menjadi Muslimah hebat bukan sahaja pada mata manusia, namun yang lebih utama hebat di sisi Allah s.w.t.

Mencintai diri sendiri, sentiasa bermuhasabah, dan memperbetulkan kesilapan diri dapat meningkatkan aura positif untuk diri sendiri dan persekitaran. Muslimah juga perlu sentiasa berprasangka baik dengan Allah s.w.t. dan sesama makhluk yang lain. Buku ini membongkar 99 cara dan tip bagi membantu Muslimah merealisasikan cita-cita menjadi wanita hebat bukan sahaja di dunia, malah di akhirat juga.

Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.

Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut. 

Customer comments

Author/Date Rating Comment