Cart 0
menggilap

Siri Tasawwuf Menggilap Hati dengan Zikrullah (Jalaul-Qulub Bizikri-Allah) oleh Al-'Arif Billah

RM 7.90


Segala hamba dapat dikategorikan kepada tiga bahagian:
1)Ahli dunia , iaitu orang-orang yang jahil lagi lalai kepada Allah.
2)Ahli Akhirat, iaitu orang yang takut kepada api Neraka yang gemar kepada Syurga.
3)Yang lebih tinggi martabatnya Ahli Allah, iaitu orang yang cinta lagi asyik kepada Allah.
Sabda Nabi saw : "Dunia itu haram ke atas Ahli Akhirat dan akhirat itu haram ke atas Ahli Dunia , sedang setiap daripada kedua-duanya itu haram ke atas Ahli Allah.
Jadi, martabat yang paling tinggi itu ialah cinta kepada Allah Taala. Sesiapa yang di dalam hatinya ada perasaan cinta dan rindu kepada Allah, maka beliau berada di dalam Zumrah (Jama'ah) Ahli Allah. Sebagaimana firman Allah Taala dalam Surah Al-Ma'idah ayat 54 : "(Kaum yang dicintai oleh Allah dan mereka pula mencintai-Nya."
Justeru itu, seseorang yang ingin menjadi Ahli Allah hendaklah sentiasa menyebut nama Allah (zukrullah) siang malam, zahir dan batin. Orang yang sentiasa memandang hakikat, zikrullah itu adalah wajib baginya dan tidak boleh ditinggalkan.

Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.

Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut. 

Customer comments

Author/Date Rating Comment