Cart 0

Hijrah Muslimah Milenial

RM 35.00



Hijrah menjadi sebuah trend yang sering dipopularkan dalam kalangan public figure dan ustaz-ustaz muda melalui media sosial mahupun melalui kajian yang dijalankan. Ramai dalam kalangan generasi Z menyambut ikutan ini dengan baik, seperti mula berhijrah penampilan dan ibadah. Namun, adakah hijrah semata-mata terhad penampilan dan ibadah sahaja? Sedangkan hijrah pada makna sebenarnya cukup besar dalam mencipta perubahan kepada yang lebih baik. Buku Hijrah Muslimah Milenial mengandungi tujuh perbahasan utama, iaitu bermula dengan cara muslimah menjaga hubungan dengan Rabbnya, tip-tip menggapai prestasi, cara menyantuni perasaan cinta, pengurusan dan aplikasi teknologi, menjaga pergaulan sesama muslimah dan juga muslim, bersahabat dengan orang sekeliling, serta cara dan kaedah muslimah untuk tetap produktif dan berdikari dalam pengurusan kewangan. Melalui buku ini, kita akan memahami makna hijrah ini tidak semata-mata memperbaiki penampilan dan hubungan dengan Allah s.w.t. sahaja, tetapi juga berusaha menjadi peribadi yang lebih baik untuk orang lain terutama disekelilingnya. Tetap wujud, bergaul dan celik teknologi, wahai muslimah! Kerana kita hidup pada zaman ini. Kita Muslimah Milennial.  

Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.

Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut. 

Customer comments

Author/Date Rating Comment