Panduan Memahami Al Quran; Beginilah Al-Quran Mengajar Kami [Edisi Kemaskini]
Membaca al-Quran adalah membaca dengan lidah. Ayat-ayat al-Quran disebut mengikut hukum tajwid dan dilagukan mengikut kaedah-kaedah taranum. Maka, terserlah keindahan dan ketinggian nilai seni ayat-ayat al-Quran itu. Pembacanya akan terhibur, beroleh ketenangan jiwa dan kepuasan yang tersendiri di samping ganjaran pahala dan fadilat surah-surah tertentu.
Manakala tadabbur al-Quran pula adalah membacanya dengan lidah dan hati. Lidah memastikan bacaan dengan tartil. Akal mengambil pemahaman makna (yang tersurat dan tersirat) dan hati mengambil pengajaran agar dijadikan sebagai panduan. Maka, terserlah al-Quran itu sebagai khazanah yang tidak ternilai harganya. Inilah asas para ulama dan ilmuwan pada zaman keagungan Islam dalam membangun tamadun lahiriah dan rohaniah yang tiada tolok bandingannya.
Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.
Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut.
Customer comments
| Author/Date | Rating | Comment |
|---|