Cart 0

Palestin Kemenangan yang Dekat

RM 30.00


  • Author: Hafidzi Mohd Noor

Bermula dari tahun 1948 sehinggalah ke hari ini, bumi Palestin terus berduka. Duka yang umpama tiada pengakhiran.

Tidakkah kita sakit hati melihat saudara seislam ini terus diserang?

Rumah yang dijadikan sebagai tempat berlindung, kini sudah tidak selamat untuk didiami. Mereka dimusnahkan dengan bedilan bom secara membabi buta. Ada yang kehilangan ibu dan ayah. Ada yang lumpuh, buta, malah kehilangan anggota badan.

Malah lebih menyayat hati, ada yang terpaksa meredhai pemergian anak kecil sebagai syuhada.

Ketika melihat penderitaan mereka dari jauh, terlintaskah di fikiran tentang sejarah, isu dan perjuangan Palestin yang sebenar? Mungkin ada yang telah khatam mengenainya, namun belum tentu memahami sepenuhnya. Ini yang pasti.

Atas sebab itulah, buku Palestin - Kemenangan Yang Dekat telah diterbitkan. Ia sarat dengan sejarah, penjelasan isu dan kisah-kisah melawan rakyat Palestin. Juga tentang tindakan masyarakat dunia terhadap kezaliman ke atas tanah yang terdirinya Masjid al-Aqsa.

Mudah-mudahan, kisah tentang Palestin yang dijarah ini mampu membuka mata hati kita semua untuk terus berjuang bersama mereka hingga ke titis darah terakhir!

***

“Israel boleh menghancurkan kami, tetapi mereka tidak akan pernah berjaya menghancurkan keinginan kami untuk mempertahankan bumi Gaza. Kami tahu kami menderita, tetapi perjuangan untuk mempertahankan Al-Aqsa adalah lebih utama daripada segala-galanya.”

Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.

Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut. 

Customer comments

Author/Date Rating Comment