Cart 0

Muhammad Al-Fateh Penakluk Bumi Konstantinopel

RM 36.90
Add to wishlist


SULTAN MUHAMAD AL-FATEH dilahirkan pada 27 Rajab 835 Hijriyah bersamaan 29 Mac 1432 Masehi dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481. Sewaktu berumur 19 tahun beliau diangkat menaiki takhta menggantikan ayahnya Sultan Murad. Selepas pelantikan beliau, Sultan Muhammad Al-Fateh menjadikan Adrianopel (Adana) sebagai ibu kota dan pusat pemerintahannya bagi memudahkan cita-citanya menawan Konstantinopel. Sultan Muhamad Al-Fateh berjaya menakluk Konstantinopel pada 29 Mei 1453 bersamaan 20 Jamadil Awal 857 Hijriyah ketika beliau berusia hanya 21 tahun. Kota Konstantinopel yang kini dikenali sebagai Istanbul, terletak di sempadan antara benua Eropah dengan Asia. la dihubungkan oleh Selat Bosphorus. Sebelum itu kota Konstantinopel pernah cuba ditakluk oleh bangsa Gothik, Parsi, Bulgaria dan Rusia tetapi tidak berjaya. Umat Islam berusaha menawan kota tersebut kerana percaya dengan hadis Rasulullah SAW yang mengatakan Konstantinopel akan ditawan oleh orang Islam. 800 tahun selepas hadis tersebut diucapkan oleh Rasulullah SAW barulah la akhirnya menjadi kenyataan. Seorang alim, Syeikh Syamsuddin Al-Wali pernah mengisyaratkan bahawa Sultan Muhammad Al-Fateh akan ber-jaya menakluk kota Konstantinopel ketika beliau di dalam buaian lagi. Syeikh Syamsuddin Al-Wali pernah berkata kepada Sultan Murad (ayah kepada Muhammad Al-Fateh): "Wahai Sultan Murad, bukan tuanku yang akan membebaskan kota Konstantinopel, tetapi anak yang dalam buaian itu," sambil menunjuk ke arah Muhammad Al-Fateh yang masih di dalam buaian.

Sejak itu Muhammad Al-Fateh dilatih hidup sederhana, dididik dengan ilmu agama dan ilmu peperangan. Beliau membesar dengan didikan agama dan pemerintahan serta strategi peperangan. Beliau seorang yang tampan, mempunyai bentuk badan yang tegap, kuat dan tinggi. Pipinya putih kemerah-merahan dan hidungnya mancung. Beliau mewarisi takhta bapanya ketika umurnya 19 tahun. Ketika itu beliau sudah begitu arif dengan tipu helah musuh. Pernah Maharaja Konstantinopel mengirim guru-guru terbaik untuk mendidiknya tentang adab dan adat istiadat kehidupan raja-raja, tetapi beliau menolaknya lalu menyuruh guru-guru tersebut pulang. Kemudian beliau membina benteng yang dinamakan Rumeli Hissari yang bermaksud benteng orang-orang Rom. Sultan Muhammad Al-Fateh terlibat secara langsung dalam pembinaan benteng tersebut, beliau membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut serta. Sultan Muhamad Al-Fateh menukar nama kota Konstantinopel kepada Istanbul lalu menjadikan ibu kotanya. Seterusnya beliau menakluk Serbia pada tahun 1460 dan Bosnia pada tahun 1462. Kemudian Sultan Muhamad Al-Fateh menakluk Itali, Hungary, dan Jerman. Ketika berada di kemuncak kegemilangannya, Sultan Muhamad Al-Fateh memerintah 25 buah negeri. Kemudian beliau membuat persiapan menakluk Rhodesia tetapi meninggal dunia kerana diracun oleh seorang Yahudi bernama Maesto Jakopa.

Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.

Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut. 

Customer comments

Author/Date Rating Comment