Cart 0

Mau'izhah Hasanah 1: Malam Pertama di Barzakh

RM 25.00


Mau'izhah Hasanah 1Malam Pertama di Barzkah mengajak kita menyelami alam barzakh—sebuah realiti yang pasti akan ditempuh setiap insan. Apakah yang sebenarnya terjadi saat roh berpisah dari jasad? Bagaimana keadaan penghuni kubur yang berbahagia dan mereka yang disiksa?

Berdasarkan kitab Syarh as-Sudur karya Al-Imam Jalaluddin as-Suyuthi, buku ini membawa kita menghayati kehidupan selepas kematian, mengingatkan bahawa dunia ini hanyalah persinggahan. Adakah kita benar-benar bersedia menghadapi alam akhirat? Atau adakah kita masih alpa, terbuai oleh nikmat dunia yang sementara?


Terdapat juga judul-judul lain, oleh Ustaz Dr. Ahamd Dusuki Abd Rani:

Mau'izhah Hasanah 2Teman di Barzakh. Keimanan itu bukan sekadar dengan lisan dan mengatakan bahawa "Aku telah beriman", "Aku beriman dengan Al-Quran", tetapi ia mesti dibuktikan melalui perbuatan dan amalan kita. Amalan yang dilakukan kerana takut kepada Allah SWT, kerana taat kepada-Nya, kerana cinta kepada-Nya. Keimanan inilah yang akan membahagiakan kita di alam barzakh nanti. 

Tidak mahukah kita, saat kita didatangi oleh malaikat pencabut nyawa, menyapa kita dan mengkhabarkan bahawa roh kita sedang dinanti oleh para makhluk di langit? 

Mau'izhah Hasanah 3- Khabar Dari Barzakh. Alam barzakh bukan sekadar ruang perhentian sebelum akhirat. Ia adalah alam yang hidup – dihuni oleh roh yang masih berinteraksi, mengadu nasib, menyampaikan pesanan dan memperlihatkan keadaan mereka kepada yang masih hidup, khususnya melalui mimpi. 

Apakah mimpi itu benar? Bagaimana pula jika arwah datang memberi petunjuk? Dan bolehkah doa serta amalan kita benar-benar sampai kepada mereka?

Mau'izhah Hasanah 4- Talian Hayat di Barzakh. Kematian bukanlah noktah terakhir, tetapi permulaan kepada satu perjalanan abadi – alam barzakh. Dalam dunia penuh misteri ini, hubungan antara si mati dan yang masih hidup tidak pernah terputus. Malah, tiga amalan yang tidak putus sebagaimana disebut dalam hadis Nabi ﷺ – sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakan – menjadi talian hayat yang menyinari kegelapan barzakh.

Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.

Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut. 

Customer comments

Author/Date Rating Comment