Kehebatan Senjata-Senjata Melayu Ibnu Ibrahim At-Tawari
DI DALAM Alam Melayu terdapat pelbagai senjata yang dihasilkan dan digunakan oleh orang Melayu. Tetapi keris merupakan satu senjata yang paling popular dan dikaitkan dengan etnik Melayu. Kisah pahlawan Laksamana Hang Tuah dan keris Tamingsari serta penonjolan penggunaan keris dalam filem-filem Melayu lama serta penggunaan keris oleh Raja dan Sultan dan raja sehari menjadikan keris sebagai satu senjata Melayu yang unik dan istimewa bagi etnik Melayu di Nusantara khususnya. Orang-orang Melayu telah membuat dan menggunakan senjata semenjak sekurang-kurangnya lima ratus tahun dahulu. Terdapat lebih 50 lagi senjata yang berasaskan etnik Melayu selain daripada keris, antaranya termasuklah badik, clurit, lawi ayam, jambiah, kawali, lading, lembing, parang, pedang, pedang lembik, tombak, tembong, tongkat, tumbuk lada, tundang, sewar, sundang, keris panjang, keris pendua, keris sundang, pisau belati, pisau balasiong, simbat (tongkat), tembong simbat suk, kandar, pelentung), golok, tapik, bacok, sabit, belitung, parang panjang, kelewang, rencong (kerambit, beladau), tombak (serampang, tempuling, tiruk), anak tombak (kiri dan kanan), rantai, gada-gada (rantai dengan besi pemberat di hujung), kapak (kapak kecil), cipan, cokmar, sumpit (sumpit rajang, sumpit panjang), panah, sundang (sundang lipas, sundang panjang), cindai, mayang (mayang gesit, cucuk sanggul), buku lima, panah, rentaka, meriam, terakol dan tekpi (raja senjata).
Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.
Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut.
Customer comments
| Author/Date | Rating | Comment |
|---|