Cart 0

Isteri & Puteri Rasulullah - Mengenali Kisah Wanita Penyeri Hidup Baginda

RM 35.00


Pengisian buku ini bermula dengan kupasan perspektif dan senario kaum wanita sebelum kedatangan Islam daripada pelbagai bangsa dan agama di dunia. Selanjutnya dibentangkan ciri-ciri wanita Muslimah yang sewajarnya diteladani, lebih-lebih lagi wanita masa kini yang sedang kental menghadapi cabaran semasa.

Bahagian berikutnya dikisahkan riwayat hidup dan keistimewaan para isteri Rasulullah SAW serta kaitannya dengan peranan Muslimah kontemporari. Kemudian disusuli peranan Rasulullah SAW sebagai seorang suami yang bertanggungjawab.

Seterusnya, dikupaskan biodata dan peranan yang dimainkan oleh puteri-puteri Rasulullah SAW dan juga peranan Rasulullah SAW sebagai bapa dan ketua keluarga.

Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.

Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut. 

Customer comments

Author/Date Rating Comment