Cart 0
Abu Bakar Al-Siddiq

Abu Bakar al-Siddiq -Fariq Gasim Anuz

RM 39.00


Dalam satu riwayat yang disampaikan oleh Syeikh Abu Ishaq dalam tausiyahnya, ketika tangan Abu Quhafah berjabat dengan tangan Rasulullah SAW untuk berbaiah menyatakan keislamannya, Abu Bakar al-Siddiq menangis. 

Nabi bertanya, 

"Wahai Abu Bakar, apa yang menyebabkan kamu menangis?"

Abu Bakar menjawab, "Seandainya tangan bapa saudaramu (Abu Talib) yang berjabat dengan tanganmu sekarang, tentu lebih aku sukai daripada tangan ayahku kerana yang demikian itu akan lebih menggembirakanmu"

Syeikh Abi Ishaq tidak dapat menahan tangisan ketika mengucapkannya lalu beliau menangis teresak-esak. Setelah beberapa saat beliau meneruskan ceramahnya semula. 

Sesungguhnya ABu Bakar al-Siddiq adalah antara sosok yang tiada tandingnya dalam menterjemahkan keyakinan, ketaatan dan kecintaan yang besar terhadap Allah SWT dan Rasul-Nya. Menelusuri perjalanan hidupnya yang terangkum dalam buku ini akan menghidupkan minda dan hati kita agar terus ikhlas dan yakin dalam perjuangan menegakkan yang hak dan meninggalkan yang batil. 

Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.

Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut. 

Customer comments

Author/Date Rating Comment