Cart 0

6 Surah Pilihan & Al Mathurat- Ustazah Asma' Harun

RM 30.00


Sinopsis:

Naskhah istimewa ini menghimpunkan enam surah pilihan yang lazim dibaca setiap hari oleh umat Islam. Keenam-enam surah pilihan tersebut memiliki pelbagai kelebihan dan keistimewaan tersendiri sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah ﷺ.

Kesemua surah tersebut dilengkapi dengan terjemahan per baris bagi memudahkan pembaca menghayati, mendalami dan mentadabbur setiap ayat. Di samping turut disertakan dalil-dalil fadhilat di bahagian akhir setiap surah.

Buku ini juga memuatkan al-Ma’thurat, yang merupakan untaian ayat-ayat Al-Quran, doa-doa dan zikir-zikir terpilih susunan as-Syahid Imam Hasan al-Banna. Setiap zikir dan doa disertakan dalil daripada Al-Quran mahupun hadis-hadis Rasulullah ﷺ. Ia bertujuan supaya pembaca dapat mengamalkan al-Ma'thurat dengan lebih yakin dan mengetahui sandaran nas.

 Antara kelebihan mengamalkan al-Ma’thurat ialah:

  • Dilindungi daripada gangguan syaitan
  • Dijauhkan daripada kemudaratan
  • Menghidupkan hati
  • Menghilangkan rasa duka cita
  • Memperoleh syafaat Rasulullah ﷺ pada hari Kiamat
  • Dimudahkan urusan bagi melunaskan hutang

Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.

Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut. 

Customer comments

Author/Date Rating Comment