{Green Dome} Kekejaman & Kezaliman Terhadap Islam
Perkembangan Islam bermula sejak baginda Nabi Muhammad S.A.W dilantik menjadi Rasul sekitar 1, 400 tahun lalu. Selepas kewafatan Rasulullah S.A.W, Khalifah kedua iaitu Amirul Mukminin, Umar Al-Khattab yang dilantik telah meluaskan pengaruh dan empayar Islam hampir ke seluruh pelosok dunia.
Musuh Islam tidak senang akan situasi tersebut dan mereka bersatu untuk mengucar kacirkan serta menghancurkan Islam secara terang-terangan. Selepas kejatuhan kerajaan Khalifah Islam dunia, maruah umat Islam seakan tercalar. Musuh Islam mengambil kesempatan akan kejatuhan Islam dan melakukan kekejaman dan kezaliman ke atas umat Islam sehingga kini.
Penulis telah mengupas secara terperinci akan kekejaman yang telah dilakukan terhadap Islam di seluruh pelusuk dunia. Penulis juga telah menyusun buku ini dan memperlihatkan kezaliman yang telah dilakukan terhadap Islam bermula dahulu sehingga ke hari ini. Bermula dengan kezaliman terhadap penduduk Islam Makkah sehinggalah kisah kezaliman yang dilakukan di Palestin dan Rohingya.
Buku KEKEJAMAN & KEZALIMAN TERHADAP ISLAM ini sesuai dibaca oleh mereka yang gemar mengikuti perkembangan semasa dunia Islam pelusuk dunia. Banyak pengajaran yang boleh diambil dan dijadikan iktibar kerana dewasa ini maruah Islam semakin tercalar.
Islam dianggap sebagai pengganas dan persepsi sedemikian perlu diubah kerana Islam merupakan sebuah agama yang bersederhana dan cintakan kedamaian.
Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.
Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut.
Customer comments
| Author/Date | Rating | Comment |
|---|