Cart 0

Kenegaraan dan Ketamadunan Malaysia

RM 22.90


Kenegaraan dan Ketamadunan merupakan sebuah buku ilmiah yang menggabungkan dua disiplin ilmu yang menerapkan perbincangan konsep kenegaraan dan kaitannya dengan proses pembinaan tamadun. Buku ini bukan sahaja memenuhi sukatan pelajaran untuk kursus Kenegaraan malah memenuhi kriteria yang digunakan untuk kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) serta kursus Hubungan Etnik. Buku ini dibentuk sedemikian rupa supaya ketiga-tiga elemen besar itu dapat dibincangkan di peringkat IPTA dan IPTS secara bersama.

Buku yang mengandungi sepuluh bab ini sesuai dijadikan bahan rujukan dan bacaan kepada mereka yang berminat tentang perjalanan negara bangsa Malaysia. Antara tajuk yang dimuatkan di dalam buku ini adalah konsep kenegaraan, pengenalan kepada ilmu tamadun, Tamadun Melayu serta peranannya, kenegaraan dan pembinaan negara bangsa, Perlembagaan Malaysia, pembinaan identiti, sistem dan struktur pemerintahan negara, pembangunan pendidikan, pembangunan dan dasar-dasar kerajaan dan pembangunan dasar-dasar luar. Buku ini amat sesuai dibaca oleh penuntut-penuntut di institusi pengajian tinggi, para pelajar sekolah serta dijadikan rujukan oleh para guru san pensyarah juga.

Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.

Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut. 

Customer comments

Author/Date Rating Comment