Cart 0
ibn najah

Ibnu Najah Mengupas Tatacara Jenayah di Mahkamah Syariah (Ulasan dan Perbandingan) Jilid 1

RM 100.00


Buku ini adalah berkaitan dengan tatacara jenayah di Mahkamah Syariah yang digunapakai di seluruh Malaysia. Buku ini dipecahkan kepada beberapa jilid dan bagi jilid 1 ini, ianya berkaitan dengan bab permulaan, perihal maklumat kepada Hakim dan juga Pegawai Penguatkuasa Agama, perihal penangkapan, perihal proses memaksa kehadiran dan juga perihal penyiasatan. Buku ini diharap dapat memberikan panduan khususnya kepada Pegawai Penguatkuasa Agama di dalam menjalankan tugas berkaitan penguatkuasaan dan juga penyiasatan. Pada masa yang sama, buku ini dapat membantu Hakim Syarie, Pendakwa Syarie dan juga peguam Syarie di dalam memahami tatacara yang bersangkutan dengan penguatkuasaan dan juga penyiasatan. 

Buku ini menyediakan ulasan bagi setiap peruntukan dan juga perbandingan di antara peruntukan-peruntukan di bawah Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Kedah) 2014 dengan peruntukan di bawah undang-undang lain bagi perkara yang sama seperti Kanun Prosedur Jenayah, Enakmen Acara Jenayah Syariah (Kedah) 1988 , dan juga Akta/Enakmen/Ordinan Tatacara Jenayah Syariah negeri-negeri yang lain. Pada masa yang sama juga, buku ini turut menyediakan ulasan berdasarkan hukum Syara' bagi peruntukan-peruntukan tertentu.

Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.

Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut. 

Customer comments

Author/Date Rating Comment