Cart 0
tahan

Tahan dan Tenang Nanti Datang Senang ole Nuraini Shahbuddin

RM 30.00


Perjalanan kehidupan manusia tidak pernah sunyi dari ujian. Adakalanya ujian menjadi asbab manusia semakin gagah berdiri, adakalanya juga ujian membuatkan manusia terduduk sendiri, tidak mampu lagi untuk berdiri meneruskan kehidupan.Lalu, apakah peranan al-Quran dalam mendidik jiwa manusia menguruskan ujian kehidupan yang penuh dengan rintangan ?

Tidaklah al-Quran itu menjanjikan kesenangan menghadapi ujian kehidupan, namun al-Quran menjadi sumber inspirasi dan kekuatan untuk kita bertahan menghadapi ujian kehidupan.Tahan dan Tenang, Nanti Datang Senang adalah janji Tuhan buat hamba-hamba-Nya yang sabar menghadapi ujian. Sabar dan serahkan segalanya pada Tuhan, pasti nanti tiba saatnya segala urusan kita dipermudahkan. Tenanglah menghadapi ujian.

Buku ini mengandungi 40 infografik tadabbur dan huraian ayat al-Quran yang dapat dijadikan inspirasi dan motivasi bagi seorang hamba dalam meniti perjuangan kehidupan.

Buku ini juga dilengkapi ruangan DIY Tadabbur beserta panduan, dilampirkan istimewa buat para pembaca agar berpeluang mentadabbur lebih banyak lagi ayat al-Quran yang boleh dijadikan inspirasl kehidupan.

Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.

Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut. 

Customer comments

Author/Date Rating Comment