Cart 0

The Visual MBA- Jason Barron

RM 35.00


Sinopsis:

Sekiranya anda mahu berjaya dalam bisnes, program MBA adalah cara terbaik untuk membina kepakaran, pengetahuan dan pengalaman. Namun, program MBA di mana-mana universiti terbaik memerlukan pengorbanan besar masa, usaha dan wang. Dalam The Visual MBA, Jason Barron menawarkan penyelesaian yang radikal: penerangan tentang semua konsep utama dalam sekolah bisnes melalui ilustrasi.

Ketika Jason memulakan pengajian MBA, beliau memutuskan untuk melukis semua nota pelajaran supaya orang ramai boleh mendapat manfaat daripada nota itu. Kita amat bertuah dengan keputusannya, kerana kajian menunjukkan lebih 65 peratus daripada kita adalah pelajar visual dan otak kita memproses ilustrasi 60,000 kali ganda lebih pantas berbanding tulisan.

The Visual MBA memberi intisari prinsip paling penting dalam MBA, tidak kira dalam bab Pemasaran, Etika Perakaunan, Tingkah Laku Organisasi, Kewangan, Operasi dan Strategi, dan dibentangkan dalam bentuk panduan yang mudah diakses, informatif dan mudah dicerna.

Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.

Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut. 

Customer comments

Author/Date Rating Comment