Cart 0
Scan_0060

Tafsir Al-Quran: Surah Al- Ghasyiyah, Al- A'lla & Al- Tariq- Nik Abdul Aziz Nik Mat (HARD COVER)

RM 50.00


Buku tafsir ini memuatkan huraian terperinci oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada tiga surah penting, iaitu;

  • Surah al-Ghasyiyah menggambarkan perihal Hari Kiamat yang huru-hara, keadaan manusia ketika Hari Akhirat serta gambaran keadaan neraka dan syurga. Tuan Guru memberi penjelasan dan huraian yang sangat mudah untuk difahami dan dihayati bersama. Kalimah-kalimah dipilih untuk diterangkan dari sudut maksud bahasa dan konteks yang dimaksudkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala terhadap ayat itu.


  • Surah al-A'laa memberi tumpuan tentang kebesaran Allah, ciptaan Allah dan keutamaan ajaran Islam kepada manusia. Ia rentetan daripada huraian Surah al-Ghasyiyah yang menguatkan lagi keimanan dan tauhid kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Tuan Guru yang sentiasa 'walk the talk' menjelaskan bagaimana amalan Islam itu dilaksanakan dengan betul. Dicernakan fikiran dan jiwa supaya jernih dan terang untuk kita menerima dengan tenang. Melalui gerak gaya bahasa Tuan Guru, setiap baris-baris ayat Al-Quran dapat diserap dengan baik ke dalam fikiran kita.


  • Surah al-Tariq menambahkan lagi keimanan kita kepada Allah dengan menggambarkan kebesaran Allah melalui ciptaan alam semesta cakerawala di angkasa raya. Dari ciptaan di langit dibawa terus ke dunia perihal ciptaan manusia, kejadian alam dan tumbuh-tumbuhan. Huraian Tuan Guru mengheret kita menelusuri baris-baris ayat di dalam surah ini untuk kita semakin jelas tujuan dan matlamat kita hidup di dunia ini sebagai hamba Allah. Tuan Guru menyebut di dalam huraian Surah al-Tariq;

Benda begini adalah fikrah yang diberi oleh Islam yang tidak ada pada ajaran-ajaran lain. Sama ada nasionalis, komunis, pragmatis atau apa nama sekali pun; tidak ada fikrah yang sebegini selain daripada fikrah Islam. Sebab itu apabila bercakap mengenai Islam sama ada soal ekonomi atau sosial, kita kena masukkan unsur-unsur akhirat. Kalau tidak masukkan unsur akhirat, maka kita ibarat macam pegawai penerangan sahajalah. Ianya tidak akan pergi ke mana-mana. Kita kena masukkan juga soal dosa pahala, malaikat Zabaniyah, malaikat Ridwan dan sebagainya. Masukkannya di tempat-tempat yang tertentu, barulah tazkirah atau nasihat itu memberikan kesan.

-Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.

Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut. 

Customer comments

Author/Date Rating Comment