Cart 0

Pengurusan, Gelagat dan Kesalamatan Pekerja Dalam Industri- Mohd Sapuan Salit (BUKU LAMA)

RM 10.90


   SIRI PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN UTUSAN terdiri daripada buku-buku yang mengulas pelbagai persoalan dalam pengurusan dan pentadbiran seperti pelaksanaan, kewangan, kepimpinan.  mutu kerja dan produktiviti.  Buku-buku dalam siri ini mengandungi saranan, peraturan dan panduan yang perlu diamalkan oleh setiap pengurus, pentadbir dan perancang atau individu dalam organisasi seperti syarikat swasta dan jabatan kerajaan.

Pengurusan, Gelagat dan Keselamatan Pekerja dalam Industri merupakan satu rujukan penting bagi mereka yang terlibat dalam proses pengurusan di industri.Tajuk-tajuk yang dibincangkan meliputi tajuk-tajuk tradisi seperti perancangan dan kawalan organisasi, gelagat organisasi, keselamatan pekerja dan pemasaran. Juga merangkumi tajuk-tajuk terkini seperti e-dagang, kejuruteraan setemu, mengurus perubahan dan urus tadbir korporat. 

Mengurus perubahan dalam industri amat penting kerana setiap perubahan persekitaran seperti ekonomi, teknologi dan sosial akan mempengaruhi perubahan dalam organisasi. Justeru, perubahan tersebut harus diurus dengan efektif. Dalam alaf baru ini, urusan seharian melibatkan penggunaan teknologi maklumat secara global. Jadi, organisasi akan menjadi lebih kompetitif dengan mengadaptasi konsep e-dagang. 

Kejuruteraan setemu juga diperkenalkan dalam buku ini kerana konsep pengurusan baru ini akan dapat mengurangkan masa dalam menghasilkan produk yang berkualiti dan pada kos yang lebih rendah. Adunan tajuk-tajuk tradisi dan baru ini akan memberikan pembaca gambaran yang jelas tentang proses pengurusan di industri.

Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.

Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut. 

Customer comments

Author/Date Rating Comment