Cart 0

Pembangunan Ekspatriat- Ab. Aziz Yusof

RM 19.00


Buku ini disediakan khusus untuk syarikat-syarikat Malaysia yang telah atau bercadang mengembangkan sayap pengoperasiannya ke luar negara. Begitu juga dengan pengurus-pengurus tempatan yang sedang dan bercadang meluaskan pengalaman mereka untuk bertugas di luar negara, ahli-ahli akademik yang berperanan mengembangkan pengetahuan dalam subjek ini, dan pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi yang mengambil kursus perdagangan antarabangsa atau kursus pengurusan sumber manusia pada peringkat pra-universiti, diploma, ijazah pertama, dan sarjana.

Semua pihak yang dinyatakan di atas, perlu menyedari bahawa pengurusan syarikat pada masa akan datang terpaksa berhadapan dengan isu-isu kepelbagaian yang sudah tentu memerlukan ekspatriat yang berkebolehan untuk menangani pelbagai masalah yang timbul. Oleh itu,kemunculan buku ini dalam bahasa Melayu akan membantu pelbagai pihak untuk membuat persiapan secara proaktif bagi berhadapan dengan isu-isu pengurusan sumber manusia antarabangsa yang jauh lebih kompleks jika berbanding dengan isu-isu tempatan.

Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.

Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut. 

Customer comments

Author/Date Rating Comment