Cart 0

Masadar Bahasa Arab: Fungsi & Penggunaan- Azlan Abd. Rahman

RM 14.90


Sinopsis: 

Buku ini dihasilkan untuk membantu para guru dan pelajar bahasa Arab agar dapat menggunakan teknik pengajaran dan pembelajaran yang lebih mantap. Penulis menyediakan contoh masdar, serta pola, jenis, dan perbezaan masdar dengan elemen lain dalam bahasa Arab yang menekankan aspek aplikasi nahu. Jika sebelum ini teknik hafalan lebih banyak digunakan maka dengan munculnya buku ini akan dapat meringankan beban guru dan pelajar ketika membuat latihan mahupun ujian.

Buku ini julung-julung kali ditulis untuk membantu pelajar meningkatkan kemampuan menguasai nahu Arab secara terperinci. la mendedahkan pelajar kepada suatu teknik pembelajaran bahasa Arab yang komprehensif. Seseorang itu tidak mampu menulis, membaca, dan berkomunikasi dalam bahasa Arab secara efektif jika tidak dapat menguasai masdar. Penulis sedaya upaya meneliti dan meninjau dengan lebih dekat tentang pendekatan, kaedah, teknik, dan strategi yang diguna pakai dalam pengajaran tatabahasa atau nahu Arab.

Buku ini juga sesuai dijadikan rujukan kepada masyarakat umum yang berminat untuk belajar bahasa Arab.

Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.

Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut. 

Customer comments

Author/Date Rating Comment