Cart 0

Kenapa Kerja Tak Habis-Habis? by Dr. Amir Syahir & Fakhrur Radzi

RM 35.00


Sinopsis:

“Aku dah penat berusaha, tapi kenapa ini saja yang aku capai ...?”

“Hidup aku saja ke yang stuck? Orang lain semua macam dah berjaya.”

Mungkin kita pernah rasa yang hidup semua orang lain sepertinya lebih bahagia daripada kita. Dibandingkan dengan kawan-kawan seusia, ramai antara mereka sudah berjaya pada usia muda. Tak macam kita yang masih belum jumpa rentak untuk hidup pun lagi. Kita mula rasa yang kita tiada pilihan selain daripada struggle dan hustle untuk menjadi yang terbaik dalam segenap aspek kehidupan. Namun, senarai apa yang nak dikejar itu sepertinya tidak pernah berkurang, bahkan semakin bertambah!

Apakah ada apa-apa yang boleh dilakukan agar kita dapat mengecapi kebahagiaan seperti yang dinikmati orang lain?

Bagaimana pula caranya untuk kita berhadapan dengan rasa sesak dan lelah ini?

Melalui buku Kenapa Kerja Tidak Habis-habis? ini, para penulis menyedarkan kita tentang hakikat kehidupan masa kini yang sememangnya membebankan akibat lambakan tugasan dan rutin harian; seterusnya menggariskan kepentingan mempelajari kemahiran untuk kita memperbaiki kualiti hidup agar setiap hari yang dilalui akan menjadi lebih bermakna.


Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.

Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut. 

Customer comments

Author/Date Rating Comment