Cart 0

Hari- Hari Allah- Tahawi Al- Mahlawi Buku Lama (HALF PRICE)

RM 24.00


Sinopsis:

Menerusi kitab yang barangkali lain daripada yang lain, dengan kalimat-kalimat yang terkadang panjang dan terkadang pendek ini, kami akan mencuba untuk membahas hari-hari yang telah diciptakan oleh Allah sebagai waktu untuk manusia dan sebagai waktu untuk haji.

Namun sebelum kita memulai pengembaraan yang panjang ini, kami perlu menyampaikan suatu hal yang kiranya sangat penting, yang menurut kami berkait erat dengan pembahasan kitab ini. Perlu kami sampaikan bahawa hari-hari yang akan kami sampaikan nantinya ataupun peristiwa yang berkait dengannya hanyalah sebagai contoh sahaja dan bukan merupakan penetapan.

Atau dengan kata lain, bahawa hari-hari Allah yang akan kami bahas dalam buku ini adalah pilihan peribadi. Hal itu kerana kami melihat adanya kepentingan, nilai positif, serta tujuan yang luhur di sebalik penciptaam hari-hari yang kami pilih tersebut. Kami telah berusaha semaksimum mungkin untuk menyajikan seluruh hari-hari bersejarah yang ada, sejak penciptaan langit dan bumi sampai datangnya hari kiamat nanti.

Hal itu kerana menurut hemat kami, hari-hari yang telah kami pilih, adalah berdasarkan kenyataan bahawa hari-hari tersebut memang berkait erat dengan peristiwa-peristiwa bersejarah yang telah disebutkan secara terperinci dalam Al-Quran dan as-Sunnah. Ia membawa faedah yang amat besar, mengandungi amanat yang amat berharga, serta mempunyai tujuan yang mulia.

Yang mana semua itu sengaja diciptakan oleh Allah agar boleh membawa manfaat bagi kehidupan manusia di dunia ini.

Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.

Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut. 

Customer comments

Author/Date Rating Comment