Cart 0

99 Nama Allah: Rahsia & Amalannya- Asma Ul Husna

RM 8.00


Sinopsis:

Allah Azza WaJalla memperkenalkan diriNya kepada sekalian makhluk ciptaanNya melalui perantaraan nama-nama dan sifat-sifatNya Yang Mulia. Melalui Pengertian nama-nama dan sifat-sifatNya Yang Agung, terbukalah pintu makrifat sebagai sumber kemajuan rohani dalam merasakan kemurnian cinta Ilahi yang dilimpahkan kepada segenap makhlukNya.

Asma ul Husna merupakan serangkai nama-nama indah, menyimpan rahmat dan kenikmatan dalam minda insan yang mendambakan redha Ilahi. Amalan Asma ul Husna mengandungi rahsia kemujaraban dan keberhasilan bagi yang mengamalkannya dengan jiwa yang istiqamah. Sesungguhnya Asma ul Husna penyembuh penyakit jiwa dan fizikal dalam menuju kebahagian dunia dan akhirat.

Buku ini menerangkan tentang rahsia dan amalan yang terkandung di dalam Asma ul Husna atau 99 nama-nama Allah. Dari setiap nama Allah yang agung itu mengandungi makna sifat-sifat dan kebesaranNya, jika diamalkan maka akan memperoleh berkah dan rahmat daripada Allah SWT. Mengamalkan Asma ul Husna akan memperoleh berkah dan membuka berbagai pintu rahmat dan nikmat, insya Allah

Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.

Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut. 

Customer comments

Author/Date Rating Comment