Cart 0

(10% Diskaun) Dari Titik Ke Titik

RM 27.00
Add to wishlist


Inilah cerita perjuangan ayah, datuk dan moyangku kesemuanya pejuang-pejuang berjiwa besar. Akibat kerakusan penjajahan Belanda di Sumatera, moyangku diusir dari kampunghalaman dengan pilu dan kejam sejak kurun ke -19. Datukku terpaksa berhijrah ke Malaysia sehingga Selat Melaka memisahkannya dengan keluarga, anak dan isteri selama bertahun-tahun lamanya.

Ayahku, Ahmad Mahidin dibesarkan di zaman Jepun pada 1931 di Ayer Tawar, Perak. Kehidupan serba susah sebagai anak yatim tidak menghalang kejayaannya sehingga mendapat pendidikan tinggi di zaman pemerintahan Inggeris. Pada era pembangunan yang rancak selepas kemerdekaan, beliau menjadi pelopor kepada pembukaan hutan untuk perladangan getah dan kelapa sawit (FELDA) dan penanaman semula getah (RISDA).

Asas didikan agama yang pada jua telah membentuk beliau sebagai seorang anak, abang dan ayah yang tinggi akhlaknya. Penubuhan persatuan IMAN (Ikatan Mandailing Malaysia) pada tahun 1979  dan juga koperasi IMAN pada tahun 1982 adalah bukti perjuangan untuk memastikan kesinabungan asal-usulnya. Di usia senja pula, beliau telah meninggalkan legasi besar penjagaan geriatrik yang merangkumi aspek saintifik dan spiritual secara menyeluruh dan holistik. 

Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.

Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut. 

Customer comments

Author/Date Rating Comment