(10% Diskaun) Bughah Antara Fakta Dan Kekeliruan
Demonstrasi "TURUN" di ambang tahun baharu 2014 adalah sama sahaja dengan demonstrasi-demonstrasi yang pernah diadakan sebelum itu. Bezanya cuma demonstrasi "TURUN" itu digelar BUGHAH oleh Mufti Perak. Beliau berkata mereka yang terlibat sepatutnya ditangkap kerana menderhaka kepada pemerintah dan darah mereka adalah "halal".
Persoalannya adakah istilah BUGHAH itu releven untuk demonstrasi pada zaman ini? Prinsip BUGHAH yang ditulis dalam kitab-kitab muktabar lebih seribu tahun dahulu perlu dibaca dengan mengambil kira konteks semasa, bukan dengan hanya mencedoknya daripada kitab secara melulu. Hukum tersebut perlu dihalusi dengan memahami perbezaan dan perubahan sistem politik dan bernegara antara zaman kitab itu ditulis dengan zaman kita sekarang ini.
Penggunaan istilah BUGHAH telah menimbulkan kekeliruan di tengah masyarakat. Namun sebenarnya siapa yang keliru, orang ramai atau mufti? Dapatkan jawapan dan pencerahan tentang isu ini dalam buku BUGHAH Antara Fakta dan Kekeliruan ini.
Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.
Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut.
Customer comments
| Author/Date | Rating | Comment |
|---|