Cart 0

Sawaddeekha, Captain - Cik Mardiah

RM 26.00


Sawaddeekha, Captain! ~ Cik Mardiah BLURB: 

MAYSARA MALEK. Seorang gadis periang yang sangat enjoy dengan kerjayanya sebagai seorang tukang cuci a.k.a cleaner di KLIA. Apa pun kata dan pandangan orang padanya, dia buat tak endah saja. 

BENJAMIN ABDULLAH. Kapten juruterbang yang hidupnya cuma dengan Puan Maria, ibu tercinta. Peristiwa lampau dua puluh lima tahun lepas menjadikan Benjamin seorang lelaki ‘beku’ dan pendendam. 

PLOY PRASERT. Dia terbang dari Thailand ke Malaysia, dengan satu misi. Misi mencari semula ibu dan abang kandungnya yang sudah lama terpisah. Mereka terpisah hanya kerana ego dan salah faham. Pertama kali bertemu Benjamin, awal-awal lagi Maysara dah pangkah juruterbang kacak tu sebagai calon suami. Hanya kerana lelaki itu tertolak dia ke dinding tanpa kata maaf! Harap muka saja kacak tapi, tak beradab. Selepas kejadian itu, makin kerap pula dia terserempak dengan kapten juruterbang itu. Nak kata Benjamin hero saat Maysara kesusahan pun ya juga. Di mana ada Maysara, di situ ada Benjamin. Kononnyalah!

 “Kenapa awak setuju… untuk kahwin dengan saya?” - Maysara.

 “Sebab I rasa nak setuju. Jadi, I setuju la.” - Benjamin. 

Berkahwin dengan Benjamin, tidaklah seteruk yang dia bayangkan. Benjamin boleh jadi romantik, boleh jadi kaki mengusik dan sentiasa buat Maysara rasa sesak nafas! “Memang awak suami saya tapi, saya tetap tak boleh nak diamkan hal ni, Ben. Ini melibatkan keluarga. Takkan la selama-lamanya awak nak biarkan Ploy hidup dalam penyesalan?” - Maysara. 

“I tak peduli. Yang I peduli sekarang ni, I tak nak dia muncul lagi depan I dengan mae.” - Benjamin. 

Apakah dendam yang Benjamin sembunyikan daripada pengetahuan Maysara? Siapa Ploy Prasert yang sebenarnya? Mungkinkah ada kaitan dengan kisah lampau Benjamin dan Puan Maria dua puluh lima tahun dahulu?

Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.

Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut. 

Customer comments

Author/Date Rating Comment