Our online store will be operating as usual during this lockdown. Please expect some delays in deliveries during this period.
Cart 0

Honey Moon - Nurharyati Ishak

RM 24.00


Seorang, lurus bendul, bersaiz XXL dan banyak cakap. Seorang, pendiam dan misteri. Moon dan Ilham dua watak yang tiada langsung persamaan. Namun siapa sangka, ketentuan-Nya mereka bertemu dalam keadaan yang tidak terduga? Moon tak sangka, lelaki kacak yang terserempak dengannya di tepi sungai itu adalah tunangnya. Hensemnya tunang Moon mak oi! Hampir-hampir Moon nak jerit. Tetapi sayang, Ilham tidak tahu dia siapa. Err? Pelik? Cinta memang pelik atau Ilham yang pelik, boleh jatuh cinta pandang pertama dengan gadis lurus bendul macam Moon. Saiz belakang kira, yang penting jiwa dan raga dah tertawan. ?

Abang tak tahu waktu bila abang sedar abang jatuh cinta pada Honey. Lihat keletah Honey, sikap sengal-sengal Honey, tiba-tiba cinta datang tanpa abang sedar. Bila dah hidup bersama ni, tentulah cinta tu makin kuat.? – ILHAM

Moon dan Ilham fikir perkahwinan manis-manis belaka, mana tahu ada hempedu yang terpaksa ditelan. Sebenarnya Ilham sangat tertekan dengan kerjayanya yang melibatkan sindiket berbahaya. Dia mula abaikan Moon sehingga Moon berdendam dan nekad berubah. Bila Moon dah tunjuk belang dan tak hinginkan Ilham lagi, mulalah lelaki itu hilang arah. ?

Pergilah, bang! Pergi balik. Jangan menyusahkan hidup Moon di sini lagi. Kalau Moon tak ada pun, perempuan lain boleh jaga abang!? – MOON

Akibat salah faham, rumahtangga Ilham dan Moon goyah. Seorang ego, seorang pentingkan diri. Tetapi hubungan mereka perlu diselamatkan, perlu dibajai semula demi kebahagiaan hakiki. Setiap pasangan ada peranannya di dalam semesta ini. Perlu sabar di kala tenang, perlu cekal di kala gelombang. Kita diberi ruang untuk membetulkan kesilapan. Di sini hanya pentas untuk kita melakonkan watak masing-masing.

Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.

Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut. 

Customer comments

Author/Date Rating Comment